Monday, 18 March 2013

Bila badan dah bagi warning

Salam,

Terasa jakun sekejap bila dah lama tak update blog. Nak edit blog macam dah tak berapa excited sebab takut salah edit lain jadinya. Button Followers pun dah tukar dengan Google ++, apakebenda Google ++ ni pun aku belum sempat belek lagi. Di sebalikkan faktor malas nak amik tahu, malas nak kaji, nak gali, so aku biarkan jelah blog ni tanpa followers ye. Memang sebelum ni pun x banyak followers jugak...kah kah kah.

Sebut fasal malas, lately aku rasa yang aku memang Mim Alif Lam Sin...sungguh! Nak buat apa pun rasa malas yang amat. Sebab apa malas ? sebab badan rasa penat sangat, letih, lesu...gamaknya macam surirumah yang uruskan anak 7 orang. x pun macam orang yang kerja buat rumah or bangunan tinggi2, kena bancuh simen, pikul bata...huhu,sedih.Belum 30 tahun lagi dah rasa macam 60 tahun punya sistem badan.Sign of aging yang melampaui batas!

Actually ada banyak faktor kenapa badan cepat rasa lemah dan lesu ni, bila aku kaji-kaji balik, memang kebanyakan faktor-faktor tu ada pada aku. Apa punca badan letih dan penat ni ? Jom check sama-sama.
(ada banyak sumber maklumat yang korang boleh google , sila buat rujukan ) , aku sarankan korang baca blog ni http://www.gediq.com/ untuk lebih informasi. See, dah kata kan aku malas. Nak taip banyak2 pun aku rasa letih. Huhu...

Hopefully apa yang aku takut (diabetes ) tak terjadilah kat aku. Teringat kawan baik aku, D penah tanya.." Ko dah buat pemeriksaan kesihatan ? Cek gula dalam darah ? " sebab masa tu dia temankan nenek dia buat rawatan Dialisis kat hospital, so alang2 tu dia check sekali. Alhamdulillah, dia bebas dari penyakit diabetes tu. Aku belum pernah check lagi, dan memandangkan aku kerap rasa penat dan letih sekarang ni, maka aku akan buat pemeriksaan dalam waktu terdekat. Huhu...minta dijauhkanlah dari segala penyakit.

Atau mungkin juga sebab badan aku gemuk, jadi memang cepat rasa letih. Tambahan pula sekarang ni aku langsung takde exercise.Kat ofis kerja aku duduk menghadap PC  7 jam. Pergi kerja  bawa kereta, kalau dulu ada juga exercise jalan kaki pagi-pagi sampai basah Miss keti. Sekarang takde langsung. Hujung minggu pun tak keluar jogging, makan pula pantang jumpa je. Semua selera, semua nak telan. Maka hasilnya, jelmaan tong bergerak la adanya.Huhu...sadis.

Aku bukan tak teringin nak cuba amik supplement macam orang duk gebang dalam FB tu, amik produk tu la, produk nilah...memang ada yang berjaya capai target dengan produk yang diorang amik, tapi sejauh mana keberkesanan produk tu yang belum terbukti lagi dan aku sangat takut akan kesan sampingan di masa akan datang. So, jalan selamat memang tak ada lain, control makan dan bersenam. Memang susah sebab bila badan dah berat nak buat aktiviti apa pun malas je. Otak cuma fikir nak tido, nak rehat je.Omaigad....

Cakap nak diet, nak senam bagai tu memang senang sebab belum buat lagi. Hakikatnya, baru pasang niat nak jogging lepas balik kerja nanti, end up mesti duduk depan Tv menghadap sinetron kat TV9 berserta sebungkus nasi.Seriously i need to change the habit. Kalau terus macam ni je, memang esok lusa kat katil hospital lah aku jawabnya.Badan pun dah bagi warning ni, suruh diet & bersenam. Ya, maka sebab itu jugakla aku duk download lagu Zumba kat telefon. Kononnya nak berzumba dalam bilik lepas balik kerja.Harap-harap tak sekadar dalam mimpi jelah.

Thursday, 14 March 2013

Review Produk 1 : Tawas Crystal Deodorant

Salam,

Aku memang allergic dengan deodorono ( bak kata Shahrul Shiro ), especially kalau yang dalam bentuk roll-on atau stick. Sebelum ni pakai yang jenis spray je , brand favorite adalah Rexona dan Nivea. Dua brand ni sahaja yang aku suka, but personally suka Rexona sebab bau dia fresh & long lasting. Tapi sejak-sejak aku tukar pada Nivea (Pearl & Beauty) my keti ...eceh, nama nak manja aje! Ketiak la bahasa pasarnya...asyik gatal2 aje. Memang azab lah kan kalau dah gatal tang situ, asyik nak menggaru je kejenya 24 jam. Nak2 kalau hari panas, dan badan berpeluh...sadis sangat!

Yang peliknya, belah kiri je yang selalu rasa gatal-gatal. Belah kanan ni ok je, well behave je dia duk diam2.Hehehe...So, dah macam rutin pulak bila balik keja je, aku mulakan aktiviti menggaru.Nak garu kat ofis malu oiii...nanti ingat ada kurap ke apa kan,so pendam jela sampai balik rumah. Huhu...tapi bila dah syok sangat menggaru sampai lupa jap nikmat dunia, ada masalah lain pulak yang timbul. Kulit kat bahagian yang aku garu tu melecet dan pedih.Bertambah-tambah lagi azabnya.Adoii...gatal + pedih , can you just imagine?

So, sebagai solution, aku stop pakai deodoran sekejap. Bukan aku kata Nivea punya deodorant tak bagus, cuma kulit aku yang tak sesuai kot. Dan bila aku stop using deodorant, Alhamdulillah lah takde pulak rasa gatal, tapi aku pulak yang tak selesa sebab miss keti dah biasa dimanja dengan deodorant, tambahan pula...ingat fakta ini adik/kakak, "Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki." jadi kebarangkalian untuk ketiak perempuan berbau acem juga lebih tinggi. Biar muka tak cantik janji badan tak berbau tengik ok!

Sekarang kan info hanya di hujung jari, google sahaja apa yang kau nak tahu terus boleh dapat info sekelip mata.Pendekkan cerita, aku terjumpa info tentang tawas yang orang guna sebagai pengganti deodorant. Apa tu tawas ? Maaf, jangan malas sangat nak cari tau.Sedikit info : tawas ni kategori garam jugaklah. Yang bagusnya tawas ni bebas bahan kimia dan tak ada alcohol. Macamana rupa dia? Ok, meh nak share sama2 sebab aku baru je beli kat Watson pagi tadi.Hehehe...




See...macam stick deodorant jugak kan bentuknya? Cuma dia keras dan langsung tak ada bau. Botolnya pun rendah je, 6.5 cm. Tapi harga??? Ha...memang mahal sikit dari deodorant biasa. Aku beli kat Watson ni pun RM 15.21 lepas tolak discount 10 %. Beli jugak sebab berdasarkan info yang aku baca, tawas ni tahan sampai 2 tahun. Mak aii...jimat tak payah beli deodorant sampai 2015.Hahaha...

Samada berkesan atau tidak tawas ni untuk masalah miss keti yang gatal2 tu, kena tunggu lepas aku pakai. Actually tadi lepas beli je aku memang terus pakai sebab aku kan jenis yang tak reti sabar & selalu nak cepat. Oh, cara nak pakai dia since benda ni keras dan kesat...basahkan sikit kat hujung tawas tu dan pakailah macam pakai stick deodorant tu.

Ok...nanti aku update kan result lepas guna tawas ni.Minta2 berkesanlah, supaya Miss Keti tak gatal2 lagi.Hehehe

Wednesday, 13 March 2013

Assalamualaikum...

Bismillah hirrahman nirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Tanjat tak? hehehe...kita/aku/saya/i'olls ( x tahu nak guna ganti diri yang mana satu, sesuaikan dengan entry lah ye...hehehe ) ada blog baru dah. Hat dulu tu nak remove dah sat2 lagi sebab rasa macam nak berhijrah pulak sekarang. Nak tukar angin lagi fresh , but still konsep masih personal blog ye. But i try to avoid posting too many personal things about myself or orang2 disekelilingku. What's need to keep in private masih menjadi perkara yang perlu dihijabkan. Tak gitu? Sikit2 sudahla, i'olls bukan Neelopak ke Hanis Jalikha ke yang semua orang nak tahu apa yang i'olls buat hari2.

Okla,mukaddimah takleh panjang2 sebab sebetulnya i'olls malas menaip, bahahaha...kalau rasa nak follow blog ni, silakan...much appreciated. Kalau xnak pun xpe sebab takda paksa2 nak follow ke tak.Hehehe,..(dalam hati, please lah follow...mihmihmih)

Till then, salam...

p/s : Love while you can!