Monday 18 March 2013

Bila badan dah bagi warning

Salam,

Terasa jakun sekejap bila dah lama tak update blog. Nak edit blog macam dah tak berapa excited sebab takut salah edit lain jadinya. Button Followers pun dah tukar dengan Google ++, apakebenda Google ++ ni pun aku belum sempat belek lagi. Di sebalikkan faktor malas nak amik tahu, malas nak kaji, nak gali, so aku biarkan jelah blog ni tanpa followers ye. Memang sebelum ni pun x banyak followers jugak...kah kah kah.

Sebut fasal malas, lately aku rasa yang aku memang Mim Alif Lam Sin...sungguh! Nak buat apa pun rasa malas yang amat. Sebab apa malas ? sebab badan rasa penat sangat, letih, lesu...gamaknya macam surirumah yang uruskan anak 7 orang. x pun macam orang yang kerja buat rumah or bangunan tinggi2, kena bancuh simen, pikul bata...huhu,sedih.Belum 30 tahun lagi dah rasa macam 60 tahun punya sistem badan.Sign of aging yang melampaui batas!

Actually ada banyak faktor kenapa badan cepat rasa lemah dan lesu ni, bila aku kaji-kaji balik, memang kebanyakan faktor-faktor tu ada pada aku. Apa punca badan letih dan penat ni ? Jom check sama-sama.
(ada banyak sumber maklumat yang korang boleh google , sila buat rujukan ) , aku sarankan korang baca blog ni http://www.gediq.com/ untuk lebih informasi. See, dah kata kan aku malas. Nak taip banyak2 pun aku rasa letih. Huhu...

Hopefully apa yang aku takut (diabetes ) tak terjadilah kat aku. Teringat kawan baik aku, D penah tanya.." Ko dah buat pemeriksaan kesihatan ? Cek gula dalam darah ? " sebab masa tu dia temankan nenek dia buat rawatan Dialisis kat hospital, so alang2 tu dia check sekali. Alhamdulillah, dia bebas dari penyakit diabetes tu. Aku belum pernah check lagi, dan memandangkan aku kerap rasa penat dan letih sekarang ni, maka aku akan buat pemeriksaan dalam waktu terdekat. Huhu...minta dijauhkanlah dari segala penyakit.

Atau mungkin juga sebab badan aku gemuk, jadi memang cepat rasa letih. Tambahan pula sekarang ni aku langsung takde exercise.Kat ofis kerja aku duduk menghadap PC  7 jam. Pergi kerja  bawa kereta, kalau dulu ada juga exercise jalan kaki pagi-pagi sampai basah Miss keti. Sekarang takde langsung. Hujung minggu pun tak keluar jogging, makan pula pantang jumpa je. Semua selera, semua nak telan. Maka hasilnya, jelmaan tong bergerak la adanya.Huhu...sadis.

Aku bukan tak teringin nak cuba amik supplement macam orang duk gebang dalam FB tu, amik produk tu la, produk nilah...memang ada yang berjaya capai target dengan produk yang diorang amik, tapi sejauh mana keberkesanan produk tu yang belum terbukti lagi dan aku sangat takut akan kesan sampingan di masa akan datang. So, jalan selamat memang tak ada lain, control makan dan bersenam. Memang susah sebab bila badan dah berat nak buat aktiviti apa pun malas je. Otak cuma fikir nak tido, nak rehat je.Omaigad....

Cakap nak diet, nak senam bagai tu memang senang sebab belum buat lagi. Hakikatnya, baru pasang niat nak jogging lepas balik kerja nanti, end up mesti duduk depan Tv menghadap sinetron kat TV9 berserta sebungkus nasi.Seriously i need to change the habit. Kalau terus macam ni je, memang esok lusa kat katil hospital lah aku jawabnya.Badan pun dah bagi warning ni, suruh diet & bersenam. Ya, maka sebab itu jugakla aku duk download lagu Zumba kat telefon. Kononnya nak berzumba dalam bilik lepas balik kerja.Harap-harap tak sekadar dalam mimpi jelah.

1 comment:

  1. Jackpot Party at Harrah's in Las Vegas - KTNV
    It 세종특별자치 출장안마 was 속초 출장샵 just minutes from the 부천 출장안마 Casino and Hotel on the Las Vegas Strip that one of the 속초 출장안마 last live table games on 여수 출장마사지 the Strip has arrived!

    ReplyDelete