Salam,
Aku memang allergic dengan deodorono ( bak kata Shahrul Shiro ), especially kalau yang dalam bentuk roll-on atau stick. Sebelum ni pakai yang jenis spray je , brand favorite adalah Rexona dan Nivea. Dua brand ni sahaja yang aku suka, but personally suka Rexona sebab bau dia fresh & long lasting. Tapi sejak-sejak aku tukar pada Nivea (Pearl & Beauty) my keti ...eceh, nama nak manja aje! Ketiak la bahasa pasarnya...asyik gatal2 aje. Memang azab lah kan kalau dah gatal tang situ, asyik nak menggaru je kejenya 24 jam. Nak2 kalau hari panas, dan badan berpeluh...sadis sangat!
Yang peliknya, belah kiri je yang selalu rasa gatal-gatal. Belah kanan ni ok je, well behave je dia duk diam2.Hehehe...So, dah macam rutin pulak bila balik keja je, aku mulakan aktiviti menggaru.Nak garu kat ofis malu oiii...nanti ingat ada kurap ke apa kan,so pendam jela sampai balik rumah. Huhu...tapi bila dah syok sangat menggaru sampai lupa jap nikmat dunia, ada masalah lain pulak yang timbul. Kulit kat bahagian yang aku garu tu melecet dan pedih.Bertambah-tambah lagi azabnya.Adoii...gatal + pedih , can you just imagine?
So, sebagai solution, aku stop pakai deodoran sekejap. Bukan aku kata Nivea punya deodorant tak bagus, cuma kulit aku yang tak sesuai kot. Dan bila aku stop using deodorant, Alhamdulillah lah takde pulak rasa gatal, tapi aku pulak yang tak selesa sebab miss keti dah biasa dimanja dengan deodorant, tambahan pula...ingat fakta ini adik/kakak, "Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki." jadi kebarangkalian untuk ketiak perempuan berbau acem juga lebih tinggi. Biar muka tak cantik janji badan tak berbau tengik ok!
Sekarang kan info hanya di hujung jari, google sahaja apa yang kau nak tahu terus boleh dapat info sekelip mata.Pendekkan cerita, aku terjumpa info tentang tawas yang orang guna sebagai pengganti deodorant. Apa tu tawas ? Maaf, jangan malas sangat nak cari tau.Sedikit info : tawas ni kategori garam jugaklah. Yang bagusnya tawas ni bebas bahan kimia dan tak ada alcohol. Macamana rupa dia? Ok, meh nak share sama2 sebab aku baru je beli kat Watson pagi tadi.Hehehe...
See...macam stick deodorant jugak kan bentuknya? Cuma dia keras dan langsung tak ada bau. Botolnya pun rendah je, 6.5 cm. Tapi harga??? Ha...memang mahal sikit dari deodorant biasa. Aku beli kat Watson ni pun RM 15.21 lepas tolak discount 10 %. Beli jugak sebab berdasarkan info yang aku baca, tawas ni tahan sampai 2 tahun. Mak aii...jimat tak payah beli deodorant sampai 2015.Hahaha...
Samada berkesan atau tidak tawas ni untuk masalah miss keti yang gatal2 tu, kena tunggu lepas aku pakai. Actually tadi lepas beli je aku memang terus pakai sebab aku kan jenis yang tak reti sabar & selalu nak cepat. Oh, cara nak pakai dia since benda ni keras dan kesat...basahkan sikit kat hujung tawas tu dan pakailah macam pakai stick deodorant tu.
Ok...nanti aku update kan result lepas guna tawas ni.Minta2 berkesanlah, supaya Miss Keti tak gatal2 lagi.Hehehe
ada-ada saja
ReplyDelete